My Landscape (*a little bit influence with Landscape and all about photography)

A Women with a Fishing Net Mesilau River
Mesilau River l D90 l 17mm l ISO100
Waktu menjalankan tugas kenen di Mesilau beberapa bulan lepas, saya ternampak dengan beberapa orang kampung sedang menangkap ikan di sebuah sungai kecil di Mesilau (mungkin kawan - kawan tau nama sungai ni kan?). Teringat kisah saya pada waktu kecil dulu. Pernah suatu masa dahulu, saya terpaksa mengangkat bakul rotan (barait) menyusuri Sg. Bayayo, Keningau sejauh 5KM hanya sebagai 'cakung' beliou (bapa) untuk menangkap ikan di sungai tersebut. Waktu itu, air Sg. Bayayo itu masih besar berbanding sekarang yang mana sudah semakin cetek (apa lagi selepas banjir Greg '96). Seharian menangkap ikan, 'barait' yang di bawa berjalan itu dah terlalu berat untuk di angkat [yakni di 'sikut'..:)]. Mungkin dalam lebih kurang 20kg laa.. [ingatan untuk itu dah pudarlah.. :)]. Melihat semula situasi ini, saya cuba praktikkan serba sedikit pengetahuan yang telah di pelajari dalam ilmu menggambar dan 'memetoshop' dengan mengambil gambar sebanyak 6 keping berlainan exposurenya dan mencantumkannya sebagai HDR di "fotomatiks".. :)



Keningau Town
Keningau's Town l D700 l ISO125 l 17mm l F/8 l 1/320s l 21.07.2011 l 13:56:37
Sejak berhijrahnya ke tempat lain, saya jarang sudah balik ke sini. Mungkin sekali sebulan atau sekali dalam dua bulan saja. Deii.. what to do kan? Dah kerja tempat lain..andainya cawangan opis tu ada di sini, mungkin saya dah pindah ke sini.. Banyak perubahan yang berlaku di Keningau sekarang ini. Mungkin perubahan besar yang ketara adalah pembaikpulihan atau pembesaran jalan dari Hospital Keningau ke Bandarnya.. Selain itu terdapat juga bangunan2 baru yang sedang di bina, di sekitar pinggir bandar. Harapan agar Keningau akan lebih membangun lagi pada masa akan datang! :)






Join us at Photography Camp on 30 Sept until 2nd Oct 2011 at Kota Belud by contact me at japrinthomas@gmail.com!

2 comments & ideas:

HoneyBUZZin said...

I'd been to Keningau several times only..lama inda pi sana. I like the first picture...it's a peaceful humble sight.
Good Shot!

Armstrong said...

Wow the woman fishing just completes the pic ;D

And I like how you make the Keningau Town look like a mini town heehe.

btw, Happy Monday yo.

wibiya widget